Teks Forum Daerah. (Tempat ke-3)
Pengerusi: Bismillahhirrahmanirrahim, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah kita bersama-sama dalam Pertandingan Forum Remaja bagi sesi 2013. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam ukhwah dan salam 1 Malaysia. Saya, Nabilla selaku pengerusi majlis anda pada hari ini, akan membawa anda dalam perbincangan dengan ketiga-tiga orang ahli panel kita pada hari ini dengan tajuk yang amat menarik untuk kita bincangkan sebentar sahaja lagi. Kata orang, tak kenal maka tak cinta, Jadi apa kata kita berkenal-kenal dahulu dengan ahli panel kita yang comel-comel belaka. Dimulakan dengan pertama, sebelah kanan saya, saudari Izyan. Apa khabar saudari? Seterusnya, kita berkenal pula dengan ahli panel kedua, saudari Hafiffah. Selamat datang saudari. Dan dihujung sana, nampak pemalu tetapi bijak berkata-kata, saudari Hafizah. Apa khabar saudari? "Aiman berkata Aiman tak kisah, Mawi berkata Aduh Saleha, Kami membawa maulud bicara,