Kolej Matrikulasi 101

Program matrikulasi is not that bad, dear. Chill and just hold your grip.
Here's to 101 advice how to survive from me

Panorama view from my room. Blok Mira tingkat 4. Jenuh naik turun tangga setiap hari.

1. Survive skill level: asian
Life dekat matrik tak akan penuh dengan rainbow macam yang awak imagine. Excuse me, matrikulasi is one of pre-university. Macam tingkatan 6 and Asasi jugak. Cuma silibus and how the study's going are different. Eh, nama pun pre-UNIVERSITI, tolong stop fikir cikgu akan tolong bagi jawapan ke bagi lecturer note ke. *cough* we called them pensyarah (Sir/Madam) anyway, so hentikan perangai budak yang awak pernah buat masa sekolah menengah because you will screw yourself later. 

Survive skill tu kena kuat. 

Sengaja buat seramshit hahaha no la. Ada jugak pensyarah yang baik, yang akan provide lecterur notes tu tapi probably dia just baik untuk 2-3 chapter depan2, yang chapter belakang tu kena cari sendiri. (Precisely to KMS: lecterur notes boleh download from portal kolej. Rajinkan diri download okay)

2. Go hard or go home
Jangan banyak main sangat. Kalau awak ambil program dua tahun atau bercita-cita nak turun Program Dua Tahun (PDT), maybe bolehlah nak parti first semester. But if you are destined to be in the One Year Program (PST), boleh lupakan. Tolong jangan buat mindset, takpelah sem depan ada lagi.

Tolong weh. Aku nasihatkan jangan.

Kau punya pointer masa sem 1 akan campur dengan sem 2, untuk dapatkan CGPA sem2. Lepas tu siap kena bahagi dua lagi, ambil average.

Pendek cerita, kau punya go hard tu kena mula sejak sem 1 sampai habis sem. Kalau takat terkincit tengah jalan, baik balik rumah je.

3. Dating
Nak betulkan balik sikit vocabulary Malaysian ni. Bukan couple, dating.

Couple tu berpasangan, it can be with your own gender or opposite.
So, it is dating. Kemon la Malaysian.

Dating, in Islam, is haram anyhow. So-

4. Kesopanan dan kesusilaan
Simpan angan-angan nak pakai baju kembang, maxi gown, 6 inch heels, tudung labuci serta yang seangkatan dengannya. Ini kolej bukan pentas runway. Just wear those nicely baju kurung and scarf. Nak pakai shawl ke tudung bawal ke tudung tenggiri ke pakailah. Asalkan baju kurung tu, baju kurung raya . Typical punya. Bukan dress RM35 tepi jalan. That one is prohibited!

Yang lelaki, khaki is not allowed.

Oh kasut kulit hitam okay. Bukan converse. Duh come on, korang dah 18 tahun, boleh fikir baik buruk. Tak ke hodoh pakai converse dengan baju kurung, selesa memang selesa. Tapi tak sopan.

5. Follow your body schedule
If dah biasa tidur pukul 10 malam, then tidur je la. Jangan paksa diri. Lepas tu bangun awal. Tak biasa bangun awal? Hah yang ni ke struggle. Tutorial banyak, lab report lagi, belum tambah kalau minggu tu ada kuiz lagi. Kena la korban.

Tapi tidur tu penting. Tak semestinya nak 4-flat, kena stay up sampai pukul 2 or 3. Yang penting kena tidur! Dah tidur baru bangun balik buat kerja.
Kita bukan robot itupun nak kena ingatkan ke?

6. Jadual?
Kelas 8 pagi hingga 5 petang. Tu paling gila la tu kelas habis 5 petang. And in between, awak akan ada rehat selama 1 jam dalam 1/2 kali. (Yang ambik modul akaun untung sikit, 2/3 kali rehat. Balik pun awal, pukul 3.)

Setiap minggu ada lab, means buat eksperimen. Part paling best kalau ambil matrikulasi, awak akan buat eksperimen tu as exactly in the lab manual, on your own (or in a group, depending). Hands on dude! Apparatus semua lengkap jangan risau.

And then macam neraka sikitlah sebab lepas tu kena buat lab report. Yang ambil sains tulen (Math, Bio, Chem. Phy) memang berpeluh kena buat 3 lab report setiap minggu. Kena siapkan by hook or by crook , hari Jumaat kena hantar sebab minggu depan dah kena conduct experiment lain. Kalau sains fizikal (Math, Chem, Phy, Sc Comp) dengan sains kemanusiaan (Math, Bio, Chem, Sc Comp) peluh sikit je la sebab 2 je lab report.

Kalau minggu tu takde lab maksudnya, minggu tu minggu kuiz. Be prepared, empat-empat subjek yang awak ambil tu akan buat kuiz pada minggu yang sama! So when the whole college, "Weh minggu depan minggu kuiz", pandai-pandailah study, janganlah menonong.

7. Rajinkan diri jumpa pensyarah
[Precisely to KMS: pensyarah kebanyakkan muda2, tolong ambil advantage ni untuk rapat dengan pensyarah, kalau papehal susah nanti, senang nak rujuk, takdelah takut sebab tak kenal]

Tak faham, tanya.
Tak boleh jawab soalan, tanya.
Tak tahu, tanya.

Bukan tanya kawan yang duduk sebelah kau kat kuliah, tanya pensyarah! Kalau umur dah 18 pun tapi still malu nak jumpa pensyarah, tak tahulah nak cakap apa. Nak pandai buat cara nak pandai. Ketepikan semua rintangan serta syaitan yang menghasut kau tu. Ini hal kau. Bukan diorang.

It's surely fun tho matriculation. You live your life to the fullest there.
Buckle up!

I have successfully survived matriculation program man. Bukanlah budak 4-flat but alhamdulillah my results setakat ni 3.0 pointer above. Final belum tahu lagi. In shaa Allah, saya sedang bertawakkal.

My classmate at KMS: SM2K2T4.

Till then.