Kelas Memandu ( Lesen Kereta )
Lokasi: Akademi Memandu Nilai
One day, my brother said to me, "Kau mesti dapat lesen kereta
sebelum abang habis semester ni." Masa tu saya tengah online Twitter, so
respon macam ya tak ya je dengan abang. Tapi lepas abang dah balik kolej, saya
fikir balik, why not? Daripada membazir masa lebih baik saya
belajar something yang berguna, kan? Lastly, saya cakap dengan ayah, saya nak
ambil lesen memandu.
Pendek cerita, akhirnya saya dapat daftarkan diri di Akademi
Memandu Nilai. Yuran? RM 840. Ada satu kelas memandu dekat Bandar Seri Putra tu
yuran dia RM 900. Mungkin, yuran bergantung kepada akademi. Tambahan, saya
cuma ambil lesen kereta ( dikenali sebagai lesen D ). Nak ambil lesen motor,
lain harga dia. Here are the steps.
Gambar yang saya letak memang selalunya takde kena mengena. |
1st: Kelas KPP 5 Jam
Kelas teori wajib diambil. Ini sebagai langkah awal. Awak akan
diajar berkenaan undang-undang jalan raya. Kalau dalam karangan, yang ni macam
pendahuluan. Selepas daftar, terus tanya dekat staf kaunter bila boleh start
kelas KPP 5 jam dan dia akan tetapkan tarikh kelas teori untuk awak. Staf
kaunter juga akan tanya nak datang sendiri atau dijemput. This is up to you.
Kalau ada kenderaan dari rumah, datanglah sendiri. Tapi kalau takde, maklumkan
yang awak nak dijemput. Staf akademi akan jemput awak dari depan rumah.
Melainkan awak duduk apartment so janganlah tanya soalan bodoh kayhhhh.
Lebih bagus, ajaklah sekali satu geng kalau ambil lesen sama-sama.
Barulah seronok. Kalau sorang-sorang mungkin bosan sikit. Melainkan awak jenis
senang buat kawan.
2nd: Ujian Komputer
Selepas kelas KPP, awak boleh terus ambil ujian komputer. Yup
betul, boleh ambil terus. Ujian ni berlangsung selama 1 jam. Tapi tak
semestinya secara langsung betul-betul selepas habis kelas teori. Ambillah hari
lain. Tetapkan tarikh dengan staf kaunter. Awak pun mestilah nak beberapa hari
untuk belajar. Ingat ujian ni senang ke? Ada yang gagal tau! Kalau nak lulus
mesti betul 42 soalan daripada 50. Jujur cakap memang ada yang gagal.
Alhamdulillah saya dapat 46/50.
3rd: Kelas Teori 6 Jam
Selepas lulus ujian komputer, saya terus ditetapkan tarikh untuk
hadiri kelas teori 6 jam ni. Yang ni perenggan pertama dalam karangan. Ya dik,
perenggan pertama. Waktu saya datang kelas teori ni, dia ajar 3 jam dalam kelas
dan selebihnya diluar. Masa ni memang mencabar betul. 3 jam duduk tu je, dia
ajar secara spesifik tentang kereta and gear-gear semua. Saya bukanlah minat
pun nak tahu pasal kereta, cukupulah boleh memandu haha. Tambahan bilik kuliah
tu air-cond kuat betul. .Nak tak nak memang sempatlah jugak
saya mimpi.
Kami berehat dalam 15 minit sebelum staf akademi bawa kami pergi
ke litar dan tunjuklah macam mana pelajar menjalani latihan ( Ni dah masuk
perenggan kedua karangan ). Ada yang enjin mati tengah jalan, langgar
pembahagi jalan. Terlebih sana, tersentuh double
line. Boleh dikatakan macam lawatan sambil belajar. Kami yang tengok pun
rasa kesian, tetapi gelak didahulukan. Lepas tu staf tu cakap, "Gelaklah,
nanti orang lain tengok awak buat, awak pulak kena gelak." Haha life cycle
is everywhere. No one can avoid it.
4th: Lesen L dan Kelas Amali 10 Jam
Bahagian I - Pra-L (Kelas
teori banyak-banyak tu)
Bahagian II - Memandu Dalam Litar
Bahagian III - Memandu di Jalan Raya
Selesai kelas teori 6 jam, baru boleh dapat lesen L. Selesai Bahagian I. This is what L licensee
should do after. Tetapkan hari awak nak hadir kelas amali - 10 jam bahagi
kepada 5 hari. Maksudnya dalam masa 5 hari awak akan belajar memandu 2 jam.
Biasanya, pelajar ambil kelas seminggu sekali. Saya ambil kelas 2 jam setiap
Rabu. Avoiding Monday blues as much as I can.
Haaaa ini dia masa yang ditunggu-tunggu. Kena herdik kena marah ya
ini masanya. Jiwa kena kental, mentaliti kena kuat. Staf akademi memang kaw-kaw
cuba psiko awak kata, "Macam mana nak ambil ujian, yang ni pun tak boleh
buat?!". Apa yang adik-adik perlu lakukan?
Tenang. Ambil nafas. Tengking dia balik.
HAHA. Noooo~ Jangan! Ambil nafas dan ingat balik
langkah-langkah yang staf dah ajar. Tetapkan dalam minda, "Ini semua ujian
psiko je ni.". Awak dah 17 tahun dan ke atas. Setakat kena herdik masa
kelas amali 10 jam tu apa la sangat. 11 tahun kena maki dengan cikgu dekat
sekolah, surely psycho individuals are piece of cake. Ceh. Tapi betul. Kena
marah tu diam je. Walaupun kita buat betul, dia kata salah, anggukkan sahaja.
Kita tengah belajar. Hormati staf akademi yang nak bagi awak lesen.
Kelas pertama saya cuma merangkumi 5 perkara wajib sebelum memandu
and kawalan cekam (cluc). Staf tu pun ada uji saya memandu naik bukit (Benda ni
wajib sebab ada time test JPJ).Gaiss.. kawalan cekam memanglah benda paling
masalah, or world first
problem probably untuk kereta
manual. Saya tak belajar lagi tekan minyak waktu ni. Tak perlu belajar tekan
minyak, nak lepaskan cekam pun menggeletar satu badan. Parah!
Kelas kedua saya belajar kawalan stereng, kawalan cekam (sigh) dan
parking biasa sekali dengan 3 penjuru. Setiap kelas kita berbeza cikgu serta
berbeza kereta. Kereta yang perfect yang kamu jumpa masa first class bukanlah
selamanya kereta yang kamu semua akan guna untuk kelas seterusnya. AMARAN:
Kereta yang kita guna untuk belajar selalunya memang cikai and menuntut
kesabaran yang tinggi! Seriously, beware.
Kelas ketiga, staf ajar memandu atas jalan raya. Tak pernah
belajar tekan minyak tiba-tiba terus pandu kereta dekat atas jalan raya.
Bayangkanlah saya punya mengucap, Allah je yang tahu. Hahahaha. Tapi okeylah,
memanglah kelam kabut nak tukar gear bagai, tekan minyak and so on tetapi don't
worry, babe, kereta tetap berjalan and selamat sampai jugak dekat
Akademi.
Kelas ke-4 , uncle yang selalu jemput saya dari rumah ke akademi
tu pula yang ajar. Saya sendiri kena memandu guna kereta akademi dari depan
rumah, bayangkan lalu dekat Nilai 3 dengan jalan besar yang kiri kanan kilang,
sampai di akademi! Nilai ke Pajam! *lap dahi*. Kelas terakhir (ke-5), staf
tak ikut saya sangat kecuali waktu keluar dekat jalan raya. Yang parking semua
tu, latih sendiri.
5th: Sesi Ujian Memandu JPJ
Okay, yang bahagian ni saya tak berapa ingat. Seingat
saya, kita akan ambil ujian JPJ hanya selepas sebulan tamat Kelas Amali 10 jam.
Jangan tanya kenapa sebulan, saya pun tak tahu. Tapi ya kena tunggu sebulan.
Ujian JPJ pula akan dijalankan setiap Selasa sahaja di Akademi Memandu Nilai.
Sebab itu, nanti bila ambil kelas pra-Ujian, dia tak bagi kita hari Selasa. Ujian Bahagian II dan III akan dijalankan dalam satu hari.
Nak dipendekkan cerita saya cuma lulus ujian JPJ untuk bahagian III (Jalan raya). Bahagian II (Dalam litar), saya gagal (or kandas dalam terma asal ) masa letak kereta
3 Penjuru. Terlebih garisan putih pulak. Ujian dalam litar, pegawai JPJ takkan
duduk sekali dalam kereta, mereka pandang daripada pondok JPJ (Dekat akademi
nanti awak boleh nampak).
Saya ambil ujian balik untuk bahagian dalam (Nota: Kalau Ujian dalam litar gagal 1 tempat, kena buat balik semua 3-3 tempat). Jadinya, alhamdulillah lulus akhirnya ^^