Menilai Keperibadian Melalui Gambar

Seorang psikologi telah mengembangkan bentuk-bentuk ini, yang telah diuji secara luas di dunia selama beberapa tahun. Warna-warnanya telah dibaiki dan diuji sehingga mendapat fakta yang tepat. Bentuk-bentuk ini mewakili sembilan peribadi secara dasar. Pilih sebuah bentuk di bawah ini yang paling kamu jiwai atau kamu suka, kemudian baca keterangan diberi dibawah. Ingat, pilih secara jujur dan jangan cuba memanipulasikan pilihan sebab ketepatan peribadi yang diberi dengan peribadi kamu hanya kamu sahaja yang tahu.

PILIH GAMBAR YANG ANDA LEBIH JIWAI








Gambar Nombor 1: Introspektif, Sensitif, Reflektif
Kamu lebih fokus terhadap diri dan lingkungan sendiri daripada berinteraksi dengan orang lain. Kamu tak suka rasa janggal apabila bersosial dengan orang ramai, lebih senang menyendiri daripada terluka dengan bisikan orang. Tapi hubungan kamu dengan teman-teman yang lain sangat kukuh, yang memberikan kamu ketenangan dan keserasian yang kamu ciptakan untuk rasa lebih baik. Bagaimanapun itu bukan masalah bagi kamu untuk menyendiri untuk beberapa waktu tanpa menjadi bosan.


Gambar Nombor 2: Berdikari, Tidak konvesional , Tidak dikekang
Kamu inginkan kebebasan dan tidak terikat dengan apa yang dinamakan 'hidup' dan membiarkan diri kamu  menentukan jalan kamu sendiri. Kamu memiliki bakat artistik dalam kerjaya kamu dan aktiviti lapang. Desakan untuk bebas kadang-kadang menyebabkan kamu melakukan perbuatan yang sangat berlawanan dengan apa yang sebenarnya kamu inginkan. Gaya hidup kamu sangat individual. Kamu tidak akan meniru secara buta apa yang sedang 'in', di sisi lain kamu mencari kehidupan yang sesuai dengan cita-cita dan dan pendirian kamu.


Gambar Nombor 3: Dinamis, Aktif, Mementingkan hal-hal lahir
Kamu sangat suka untuk menerima risiko dalam tindakan kamu dan mempunyai komitmen yang kuat untuk mengubah daya atau cara perkerjaan yang bervariasi. Rutin, berlawanan, cenderung berefek melumpuhkan diri kamu. Apa yang paling kamu suka apabila mampu melakukan pelbagai peranan unutuk sesuatu bidang. Dalam melakukannya, inisiatif kamu perlu lebih kuat dari biasa.


Gambar Nombor 4: Bersahaja, Sangat teguh pendirian, Harmoni
Kamu menghargai gaya dan mengalami percintaan yang tidak rumit. Ramai orang mengagumi kamu kerana kamu memiliki kemampuan kuat dan mereka bergantung pada diri kamu. Kamu memberikannya kepada orang yang dekat dengan kamu. Kamu merasai hangat dan manusiawi. Kamu menolak segala sesuatu yang mencolok dan usang. Kamu sering ragu-ragu dengan imej berpakaian untuk trend-trend terkini. Bagi kamu, pakaian harus praktis dan bagus yang tidak menonjol.


Gambar Nombor 5: Profesional, Pragmatik, Yakin akan diri sendiri
Kamu bertanggungjawab untuk kehidupan kamu, meletakkan lebih kecil nasib baik kamu dan lebih kepada perbuatan sendiri. Kamu menyelesaikan masalah dengan tindakan yang praktis dan tidak rumit. Kamu memandang secara realistik sesuatu dalam hidup kamu dan menanganinya dengan baik. Kamu selalu diberi tanggungjawab yang besar dalam pekerjaan, kerana mereka tahu bahawa kamu dapat dipercayai. Kekuatan tegas terhadap kemahuan akan meningkatkan keyakinan kamu terhadap orang lain. Kamu tidak akan pernah benar-benar merasa puas sehingga semua cita-cita kamu tercapai.


Gambar Nombor 6: Tenang atau damai, Bijaksana, Tidak agresif
Kamu sering menganggap hidup ini mudah atau 'simple' kerana kebijaksanaan kamu mengharunginya. Kamu senang mendapat ramai kenalan kerana kamu seorang yang sangat menikmati prifasi dan hidup berdikari. Kamu juga sering menjauhkan diri dan menyendiri untuk sekian waktu bagi merenung erti kehidupan dan nikmati sendiri waktu itu. Kamu ciptakan sendiri tempat persembunyian atau tempat untuk kamu menyendiri yang indah, tetapi tidak bermakna kamu seorang yang 'solitari'. Kamu tenang terhadap apa yang berlaku pada diri kamu dan dunia, dan menghargai hidup dan apa yang dunia tawarkan.


Gambar Nombor 7: Riang, Suka bermain atau melucu, Menyenangkan
Kamu suka kehidupan yang bebas dan spontan dan kamu berusaha menikmatinya secara penuh kerana memegang moto ”Kita hidup hanya sekali." Sifat ingin tahu kamu sangat besar dan terbuka terhadap segala sesuatu yang baru. Kamu berkembang seiring dengan perubahan di sekeliling. Kamu menganggap kehidupan kamu serbaguna dan selalu memberikan kejutan tanpa kamu duga.


Gambar Nombor 8: Romantis, Pemimpi, Emosional
Kamu sangat sensitif. Kamu menolak melihat sesuatu dari sudut pandang kesederhanaan dan rasional. Apa yang perasaan kamu katakan sangat penting untuk kamu. Naluri kamu kuat. Kenyataannya, kamu merasa penting untuk memiliki mimpi-mimpi dalam hidup. Kamu menolak orang yang mencemuhkan suasana romantis dan yang suka mengendalikan sesuatu hal hanya dengan sifat rasional mereka. Kamu tidak akan membiarkan sesuatu membatasi keragaman atau kekayaan mood dan emosi kamu.


Gambar Nombor 9: Analitis, Mudah teperdaya, Percaya diri
Kepekaan kamu dengan dunia luar memiliki kualiti dan ketahanan yang tinggi. Akibatnya kamu suka menyibukkan diri kamu dengan apa-apa yang kamu fikir ianya bagaikan 'mutiara kecil' yang kamu temui di mana orang lain mengabaikannya.Perkara yang kecil pun kamu rasa penting. Kemudiannya, budaya mula mempengaruhi kehidupan kamu. Kamu telah temui kehidupan kamu sendiri, iaitu elegan dan eksklusif, bebas dari pengaruh mode. Kamu memikirkan bahawa kamu sendiri mendasarkan kehidupan kamu, iaitu dasar kesenangan ataupun kemewahan. Kamu sering menilai dengan siapa kamu berbicara kerana sangat menjaga standard kamu.